Wednesday, May 16, 2007


Entah kenapa beberapa hari ini mood saya memang tak tetap. Tak dapat saya ramalkan. Tak dapat saya kawalkan. Setiap saat ia memang berubah-ubah. Memang saya telah dinasihatkan untuk mengamalkan sikap 'pemikiran positif', dan saya memang telah cuba dengan sedaya upaya. Tapi tau tak kamu betapa susah untuk sentiasa berbuat begitu?

Memang saya tak suka mood ini yang tak tetap ini. Kadang-kadang apabila ia baik, hidup saya kelihatan betapa ceria. Tak kira betapa susah kursus saya, tak kira stress yang saya hadapi, saya penuh dengan keyakinan. Tapi, apabila cuaca mendung datang melawat, hati saya memang sengsara. Semua parut and luka bagai dibubuh garam, and macam aneurisme yang meletup, berdarah dengan tidak terhenti-henti. Sesungguhnya ini semua hanya dalam minda saya, tetapi saya masih terasa cucukan yang menyakitkan di dada saya. Bolehkah saya jeritkan kesakitan saya kepada seluruh dunia? Dapatkah saya kongsikan perasaan sebenar kepada semua orang? Teringin sangat insan ini berbuat begitu, tetapi mulutlah yang tidak benarkan.
Kekecewaan saya kebanyakan ditinggalkan bersama debu sejarah, tetapi akan beberapa kekecewaan, keraguan, kesedihan yang tak penah tinggalkan sisi saya. Mereka hanya dipendamkan dalam hati saya tanpi pengetahuan dunia.

Tetapi apabila dunia sekeliling menidur, apabila matahari pulang berehat, apabila saya ditinggalkan berseorangan dengan minda dan pemikiran saya.... semua perasaan datang melimpahi kolam hati saya. Tak dapat saya halangkan, tak dapat saya elakkan. Saya terasa macam telah berhari-hari saya berenang dalam lautan, masih tak menemui pinggir.... semakin penat. Akankah saya tenggelam tanpa sebarang kesan?

Mengapakah tak dapat saya memenuhi kesemua keinginan saya? Adakah keinginan saya terlalu melampau? Adakah ia disebabkan saya tak sedar akan keinginan sebenar saya? Adakah kerana saya yang tak nak ia dikabulkan? Entah... entahlah... Akhirnya semuanya mulut saya yang takut, yang menjadi penghalang...
disappointed confused disappointed missing disappointed tired disappointed

No comments: